berteleku.
menghadap kiblat.
bersimpuh rapat mahu bertemu Tuhan.
kedua tangan menadah langit.
mata terpejam rapat.
hati cuma untukNYA.
airmata mengalir deras.
bukan semata sedih,
eksotiknya sedang mensyukuri satu dugaan dari Tuhan.
pahit.
perit.
sakit.
moga terus digagahkan Tuhan.
moga terus dikukuhkan pasak sehabis ada.
epilesosis : untuk selang waktu ini. aku sekadar berharap kebutuhan kekuatan tidak akan dirampas Tuhan. maaf,aku masih belum betul-betul kuat. masih dalam konkrit yang sedang retak untuk menyahrahsiakan segenap apa yang sedang dikemam. aku tahu ianya bakal memeritkan, tapi aku yakin. kau cukup-cukup kuat untuk terus berdiri. maaf.

